Thursday, August 14, 2014

Nurain Damia (part II) - Perjalanan Akhirmu.



 Assalammualaikum...
satu Malaysia yang mengikuti perkembangan adik Nurain Damia pasti tahu bahawa adik Nurain Damia telah meninggal dunia jam 7 pagi semalam, Rabu, 13 Ogos 2014. Aku baru tahu pukul 1 tengahari, itu pun sebab kakak sepupu aku tanya aku mengenai perkembangan Damia sbb dah tersebar kat Harian Metro on line... kalau dia tak bagi tahu pasal hal ni, mungkin dah petang tak pun malam baru aku tahu. Bila dah kakak aku bagitahu pasal hal ni, terus aku called kak ipar Anis tanya kebenarannya dan YER ! Damia dah TAKDA !! lepas called kakak dia, baru Anis maklumkan pada aku kat whatssap.. Ya Allah, air mata aku berderai, tangisan aku beresak di student zon kolej ni juga. Dah lar masa tu ramai student, semua pelik tengok aku nangis tetiba. Tapi masa tu aku dah tak peduli pandangan orang, aku cuma fikirkan nak jumpa dengan Damia, nak ada dengan dia masa hari terakhir dia di dunia ni. Syukurlah, aku hanya menangis semasa di kolej lagi, aku tak kan sanggup nak menangis depan Anis, depan family dia dan depan jasad arwah Damia.
Syukurlah petang tu kelas batal, Nadirah yang juga sahabat kami pun tiada kelas. Nadirah habis sahaja selesaikan tugasan kumpulan dia, terus kami pergi ke hospital. Sementara nak sampai sana, aku kumpul kekuatan aku, nadirah juga sama. Kami tak nak Anis nampak kami menangis sama. Kekuatan kami, kekuatan Anis dan Joe serta seluruh ahli keluarga mereka. Lama nak tunggu proses post mortem tu selesai, sampai pukul 3pm lebih. Alhamdulillah, aku berpeluang mengucup Damia buat kali terakhir, iaitu sebelum Damia mandi dan selepas Damia dah "wangi". Selagi berkesempatan, aku kucup pipi Damia, aku usap ubunnya yang kaku, sejuk, beku, bersih, nyaman jiwa aku dapat berbuat demikian. Aku tahu, itulah kali terakhir aku dapat bertemu dgn Damia, itulah juga kali terakhir aku merasa kasih sayang Damia. Aku pernah berharap yang Damia dapat bersama kita di sini, berharap dapat mendengar tawa manja, senyum manisnya. Takdir Allah yang lebih menyayangi Damia, telah mengakhiri kesakitannya pagi semalam selepas doktor semua sahkan yang Damia dah tak boleh diselamatkan.



Ya, Damia sebenarnya dah lama takda. Tapi, doktor terus berusaha utk merawat Damia sebaik mungkin dan Damia juga sudah tak mampu utk bertahan lagi. ENAM HARI Damia bertarung nyawa, melawan kesakitannya untuk diberi kesempatan hidup bersama dgn kita di sini. Selama ENAM HARI ini jugalah Allah beri kami kesempatan untuk menziarahi Damia, rakan2 PPU yang tak pernah jumpa Damia pun sanggup datang dari jauh semata-mata nak jumpa Damia. Takdir mereka, Jumaat 8 Ogos 2014 itulah kali pertama dan terakhir mereka dapat melihat Damia depan mata kepala mereka sendiri. Sahabat kami, Hazim dan Annurul juga pertama kali berjumpa dengan Damia pd hari itu. AKU sangat2 rasa bersalah dan terkilan sebab tak temukan mereka awal semasa Damia masih tersenyum dan ketawa macam yang aku dapat jumpa Damia masa cuti sem hari tu.



Hari terakhir aku jumpa Damia masa arwah masih sihat pada 9 Mei 2014. Masih tersimpan kemas lagi video2 senyum dan ketawa yang aku rakamkan masa tu. Allahuakbar, sungguh hatiku masih sebak bila berulangkali mendengar manisnya senyum dan manjanya tawa Damia. Damia anak yang kuat, sesiapa yang melihat dan mengenali Damia akan rasa apa yang aku rasakan tentang Damia. Damia sama kuat dengan umi dan abinya. Saat abinya sakit, umi sabar merawat dan menjaga abi. Abi kuat melawan rasa sakitnya demi umi dan Damia. Sama seperti Damia yang juga turut melawan kesakitan demi melihat umi dan abinya tersenyum semula. Aunty nampak semua tu, sayang. Walaupun setiap kali di sini, aunty akan jumpa Damia di Hospital Sg. Buloh iaitu masa abi masuk icu 3 bulan lepas dan minggu lepas masa Damia di situ juga. Tapi, SAYANG Allah MELEBIHI sayang Damia pada umi, abi serta insan2 yang Damia sayangi. Alhamdulillah, berkat doa seluruh rakyat Malaysia, Damia kuat
untuk enam hari. Allah beri kesabaran, ketabahan dan kekuatan pada umi, abi dan seluruh insan yang menyayangi Damia termasuk aunty. Mereka yang tak pernah kenal Damia juga menyayangi Damia.
Hadith:

Daripada Anas RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW, “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia. Sebaliknya jika Allah menghendaki dengan hambanya keburukan ditangguh pembalasan itu supaya disempurnakannya di hari kiamat. Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.” (Riwayat: at-Tirmizi)
Damia,
Damia anak yang baik,
anak yang kuat, anak yang tabah.
Allah dah janjikan syurga untuk Damia sbb Damia bersih daripada dosa, sbb Damia masih bayi yang mulus jiwa dan hatimu.
Damia juga bidadari syurga yang akan menanti dan menyambut umi serta abi ke syurga. Bertuah Nor Ani Shafarina dan Mohd Naqudden sbb puteri mereka selamat di sisi Allah. Mereka rugi di dunia tak apa, sayang. Tapi merekalah antara hamba Allah yang paling beruntung sbb Damia sedia menanti mereka di pintu syurga.
Damia, umi dengan abi Damia pun kuat juga macam Mia. Mereka tak menangis masa uruskan jasad Damia. Tapi aunty tahu dan Allah lebih mengetahui isi hati hamba2-Nya. Allah Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Mengasihi dan Menyayangi mereka, Damia. Allah kaburkan pandangan mata kami daripada melihat kelemahan umi dan abi, Allah kaburkan air mata mereka daripada kami. Allah kuatkan hati mereka dan raut wajah mereka daripada kelihatan lemah di hadapan Damia dan kami semua.
 "......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yg diberikan Allah kepadanya..."
(at-Thalaq : ayat 7)
Pergilah, sayang ...
Aunty, Umi, Abi dan semua yang menyayangi Damia redha akan permergian Nurain Damia kami.
Alhamdulillah, Alhamdulillah sangat2, sayang.
Allah dah sudi nak pinjamkan Damia untuk aunty sayang, kenal, main dan manja dengan Damia selama 1 tahun 2 bulan ni pun, Aunty dah bersyukur sangat sangattt.... Terima kasih, Ya Allah..
Terima kasih, Nurain Damia sbb beri peluang pada aunty untuk menyayangi dan mengasihi Nurain Damia seperti anak kandung aunty sendiri walaupun aunty tak kahwin lagi apatah lagi nak ada anak sendiri. Damia anak sahabat baik aunty yang sangat2 aunty nantikan kehadiranmu di dunia ini, sayang dan Allah dah beri kesempatan itu pada aunty. Semua yang berlaku pasti ada hikmahnya. Si pelakunya juga turut akan menerima hukuman yang setimpal, jika tidak di dunia.. akhirat sedang menantinya.. Pada saat2 akhir Damia, baru si pelaku kejam itu nak mengaku.. Biarlah, itu urusan antara dia dengan Allah, Damia, umi dan abi Damia. Aunty hanya mampu doakan yang terbaik untuk Damia sekeluarga.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia amat baik bagimu. Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,sedangkan ia adalah amat buruk kepadamu. Dan Allah Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”  (Surah al-Baqarah: 216)


Sayang,
aunty pasti akan merinduimu, pasti akan ingin menemuimu. Doakan untuk aunty juga agar kita dapat bertemu di sana. Nurain Damia, aunty sayangkan Damia dunia dan akhirat, tulus dan ikhlas. Pergilah, sayang. Aunty dah dapat temankan Damia kat luar bilik forensik sebelum Damia pergi dengan van pun aunty dah bersyukur. Sekurang-kurangnya perjalanan akhir Damia ada dengan aunty. Damia akan aman di sisi Allah, sayang. Kalau aunty nak taip semua pasal Damia dalam satu entri, aunty pasti orang akan berhenti baca sbb terlalu berjela. Entah2 takda langsung yang baca.. hukhukhukk...  Dah lar, sayang.. aunty pun ambil masa nak ada semangat dan kekuatan untuk bercerita tentang kita di sini. Mereka akan nampak dan rasa betapa akrabnya kita di dalam gambar yang aunty sertakan sama di sini. Walaupun kita hanya mampu berjumpa 2 or 3 bulan sekali jer, kadang2 pernah sampai setengah tahun tak jumpa. Perit rindu aunty pada Damia time tu.. nasib baiklah teknologi makin canggih, sempat aunty merasa buat video chat dengan Damia, tapi tu pun tak puas sbb hp aunty yg alcatel tu takda kamera depan...huhu..biarlah, perkara dah berlalu.

Selamat tinggal, Nurain Damia Bt. Mohd Naqudden.. semoga Damia tenang dan aman di sisi Allah.. semoga kita boleh berjumpa lagi di sana kelak. Doakan untuk aunty juga yer.. Doakan semoga umi dan abi Damia akan terus tabah mengharungi hari2 tanpa Damia di sisi mereka. Doakan semoga Allah beri ganti Damia pd umi dan abi yang mungkin akan jadi lebih baik daripada Damia di sini. Yer, sayang. Mungkin ini entri kedua dan terakhir mengenai kita yang aunty tuliskan di sini, yang lain2 tu aunty akan simpan sendiri dalam hati aunty, dalam kenangan kita. I love you damn much, sayang !! Aunty takkan lupakan  Damia selagi Allah mengizinkan aunty untuk terus mengingati Nurain Damia.


Pada rakan2 PPU Nor Anis Shafarina Sani, aku dan yang lain2.. terima kasih kerana sudi hadir menziarahi Damia di hospital Jumaat lepas dan Rosni Banu yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak berjumpa dgn Damia utk kali yang terakhir pd hari terakhirnya di sini, terima kasih Juga pada rakan2 KPAKK yang temankan era melawat Damia walaupun itulah yang pertama dan terakhir kalian. Pada rakan2 FB yang saya kenal atau pun tidak yang saling berkongsi update mengenai perkembangan Allahyarhamah adik Nurain Damia, rakan2 wechat, saudara mara sahabat handai yang jauh dan khususnya rakyat Malaysia yang tak berhenti mendoakan Damia masa hayatnya dan memberi sokongan moral pada Anis sekeluarga dalam pelbagai cara sekali pun. Saya sebagai sahabatnya, mewakili Anis sekeluarga, ingin mengucapkan JUTAAN RIBUAN TERIMA KASIH kpd kalian yang saya sendiri pun tak tahu jumlahnya, siapa kalian yang telah sudi mendoakan mereka sekeluarga. Hanya Allah Yang Maha Kaya sahaja dapat membalas segala doa dan usaha kalian pd mereka. ALLAHUAKBAR ! ALLAHUAKBAR ! SUBHANALLAH WAL HAMDULILLAH WA LAILLAHA ILLAHU ALLAHUAKBAR.. yang baik datangnya daripada Allah dan segala kekurangan yang terdapat dlm entri ini ada kelemahan diri saya sendiri.. sedaya upaya saya telah mencuba untuk menyampaikan perkembangan mengenai Damia pada mereka di luar sana sehingga ke akhir hayatnya semalam. Kepada Allah kita datang dan kepada Dia jugalah kita akan kembali.
Assalammualaikum warahmatullahi wa barakahtu.. Al-Fatihah.

Yang amat menyayangi, mengasihi dan mencintai Nurain Damia,
aunty Sera 
 Syahera Fuad.
3:43PM , Khamis, 8/14/2014.

Wednesday, August 13, 2014

Nurain Damia. Anak Kecil Yang Tak Berdosa.

Bismillahi Rahman Nir Rahim.....



Assalammualaikum w.b.t .....

ada khabar yang tidak baik yang telah aku terima pada pagi 8 Ogos 2014, jam 2.30 pagi...
Anis beritahu aku supaya mendoakan anaknya yang sedang menjalani pembedahan sejak pukul 11.30 malam kelmarin.. dengan perasaan yang bercampur baur saat itu, Anis beritahu aku lagi yang Damia mengalami kecederaan teruk iaitu pendarahan dalam otak kerana kesan jatuh drpd kerusi di rumah pengasuhnya.. pengasuh tu beritahu pada Anis yang Damia terjatuh dari kerusi masa Damia tengah tidur kat kerusi tu.. 

Ya Allah,
hikmah apa yang sedang Engkau rencanakan buat sahabatku,
Nor Ani Shafarina dan suaminya Naqeuddin @Joe
dengan kesakitan dan keperitan yg sedang Nurain Damia tanggung saat ini???
Ya Allah,
dengarlah isi hati umi dan abi Damia yang ingin Damia sembuh macam dulu..
Ya Allah,
dengarkanlah juga doa2 dalam hati Mia yang sedang berusaha melawan sakitnya
untuk kembali ke sisi umi dan abinya...teruskanlah lindungi dan kuatkan semangat
Nurain Damia untuk menikmati kehidupannya semula bersama dgn insan2 yang mencintai
dan menyayanginya...
Ya Allah,
dengarkanlah juga doa2 kami para sahabat handai, saudara mara, rakan taulan serta
semua yang mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesembuhan Nurain Damia ...
Ya Allah,
jadikanlah doa2 kami semua kekuatan pada Nurain Damia, umi dan abinya untuk
menikmati kehidupan saat ini...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Qudduss, Ya Muhaiminu, Ya Jabbar, Ya Wahhab,
Ya Fattah ya asma ul husna.. Laa haula wa laa quwwata Illah billaah...
Hasbunallah wa ni'mal wakil...
kembalikan Nurain Damia kepada kami semula... lindungilah dirinya sentiasa.. kuatkanlah
semangat umi dan abinya.. jadikanlah mereka dalam golongan orang2 yang bersabar..
segala ujian yang Kau berikan itu adalah tanda Kau mengasihi hamba-Mu yg terpilih dan
Kau memilih mereka utk kali ini...Aku mohon, kurangkanlah beban kesakitan anak kecil ini, kuatkanlah semangat, berikanlah kesabaran dan kekuatan dlm hati dan iman umi dan abinya dalam mengharungi dugaan ini, Ya Allah.. Aamiinn Ya Rabbal Aalaaminnn.....


090814.

suka tak belog sy nieyh? ;>