Wednesday, December 3, 2008

bicara hatiku...




~Tuhan memberikan kita DUA mata utk melihat,
dua telinga utk mendengar,tetapi mengapa Tuhan memberi SATU hati kepada kita? Kerana Tuhan inginkan kita mencari satu lagi hati yang ada pada insan lain...

'cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya..kisah silam tidak perlu diungkit lagi jika kamu benar2 menyintainya setulus hati..!' Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki seorang gadis, ibaratkan ia seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar merah tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri itu menusuk jari. Ramai orang lebih mengenali orang lain,tapi tidak mengenali diri sendiri. Kerana hanya sibuk mencari kesalahan dan kekurangan orang tanpa menghitung kekurangan dan kesilapan sendiri. Pentingkan diri sendiri amat penting dalam hidup kita,tetapi….pentingkan diri orang yang disekililing kita juga amat penting untuk kesejahteraan. Perpisahan dalam percintaan yang belum puas,menambahkan eratnya kasih sayang. Itulah sebabnya matahari meninggalkan kita pada malam hari.. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati,sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu,tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. CINTA tidak pernah meminta,ia sentiasa memberi,cinta membawa penderitaan tetapi tidak berdendam,tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Melihat kebahagian orang yang dicintai adalah satu kebahagian buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.. Cinta membuat orang bersemangat untuk hidup,rasa cinta adalah satu rangsangan indah dalam kehidupan. Cinta adalah sesuatu yang subjektif, susah untuk ditafsirkan. Kadangkala kita merasakan apa yang kita alami itu cinta tapi sebenarnya bukan. Kelmarin adalah kenangan.. hari ini adalah perjuangan.. esok bukanlah suatu kepastian.. Terputus cinta memang menyakitkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan, walaupun lebat atau lama sekalipun pasti akan reda jua.. Kata pujangga~ cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya jelas sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal bodoh tanpa sedari.. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Tidak dinamakan hidup jika tidak ada kekusutan,tidak dinamakan kematangan jika tidak ada kekalutan. Cinta yang wujud dalam sebuah tindakan agung; “kita maafkan” Cinta tak pernah menjanjikan apa-apa.ia berlaku dengan indah sekali dan mungkin berakhir dengan perit sekali. Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui kemaafan.. Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik,kasih sayang yang terbaik khas untuk diri kita, cinta yang terbaik hanya ada pada Allah. “ketika satu pintu kebahagiaan tertutup,pintu kebahagian yang lain akan terbuka.. tetapi acapkali kita hanya terpaku terutama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita” Cintailah seseorang yang mencintai kita..bukan kerana harta,rupa ataupun darjat..tapi kerana ketulusan hatinya yang tiada penghujungnya. Hidup tak selalunya indah..tapi yang indah itu tetap dalam kenangan.. NICE Dalam hidup kita ni,tuhan akan bagi kita peluang untuk kita berjumpa dengan orang yang betul-betul kita sayang.. tapi hanya sekali..sekiranya kita leka,kita akan kehilangannya..tapi,kita tak pernah tahu siapa orangnya jika kita sendiri tak pernah sedar dan cuba untuk menilai kehadirannya..mungkin setelah segalanya berlalu,kita mula sedar dan mungkin kita tak berpeluang untuk memilikinya semula.

No comments:

suka tak belog sy nieyh? ;>