Tuesday, May 3, 2011

4 Tips hadapi masalah.

1. Masalah adalah lumrah hidup
Tiada orang yang tiada masalah. Jika anda rasa tak ada masalah,
mungkin itulah masalah anda sebenarnya.
Segala penciptaan masalah berpunca dari masalah.
Mentol lampu dicipta kerana bermasalah utk melihat dlm gelap.
Kereta dicipta kerana bermasalah nak jalan kaki jauh2. Kalau tak ada masalah,
mungkin skrg kita masih hidup dlm gua, zaman paleolitik belum berakhir agaknya.

2. Masalah adalah masalahnya hati
Hati yg luas menerima masalah sebagai satu kelazatan.
Hati yg kecil, masalah adalah bencana. Menganggap semua benda
sebagai masalah adalah petanda hati yg bermasalah.
Hati yg kuat dan bersih, memandang masalah sebagai satu tanda
kebesaran tuhannya.
Bila hujan, hati yg kecil bermasalah kerana kain jemurannya basah.
Namun hati yg besar berasa beruntung kerana bumi mendapat bekalan air
semula.

3. Kenapa aku? Bukan, kenapa bukan aku?
Biasanya bila terkena masalah, kita akan bertanya
"Kenapa aku?".
Soalan yg sudah ada jwpn tapi tak dihiraukan
"..Allah tidak memberatkan seseorg melainkan apa yg terdaya olehnya.."
Tanyalah "Kenapa bukan aku?" Kerana aku memang layak utk
menerima ujian itu. Aku kuat, aku berdaya mendapat ujian2 tuhan.
Jika ujiannya berat, itu bermakna aku hebat. Jika ringan ujiannya, bermakna
aku masih ditahap rendah. Jadi, kenapa bukan aku menerima ujian hebat itu?
Aku ingin menjadi hamba Allah yg hebat.

4. Masalah adalah tanda kasih sayang-Nya.
Setiap kali menghadapi masalah,
adalah masa2 Allah merindui suara rintihan kita.
Berdoa, meminta dari-Nya, mengadu pada-Nya.
Orang yg sering dilanda masalah ialah orang yg paling dikasihi Allah,
kerana Allah sering merindui suaranya.
Tidakkah itu amat manis sekali?
Bayangkan kekasih kita merindui utk mendengar suara kita...
ohh sungguh asyikkan. Inikan pula,
Allah Yang Maha Besar yg merindui
suara kita.

diambil drpd akhbar
ILUVISLAM 18-24 Mac 2011

3/5/11
10:36pm

2 comments:

fatihah said...

good motivated :)
love u dear....
miss u a lotss.....

fatihah said...

good motivated :)
love u dear....
miss u a lotss.....

suka tak belog sy nieyh? ;>