... sangat mementingkan masa tidur mereka. Zaman ini, jika ada masa terluang selalunya mereka akan menghabiskannya dengan melelapkan mata. Jika dia sanggup untuk bangun dari tidur dan membawa kamu keluar, hargailah masa bersama tersebut.... tidak mahir dalam merancang perbelanjaan bulanan. Tidak mustahil jika dia terlebih berbelanja sebulan dua. Jika si lelaki menghabiskan sejumlah wang untuk membelikan kamu sesuatu yang dikira berharga, janganlah kamu mensia-siakan hadiah tersebut.
... mempunyai tata gaya, cara penampilan dan sahsiah diri yang tersendiri. Jika dia tidak pernah cuba untuk mengubah imej atau menegur cara diri kamu, jangan kamu mahu dan cuba untuk mengubah dirinya pula. Tegur atau bimbing dia ke arah yang kamu mahukan adalah lebih baik daripada menyuruh dia berubah secara drastik.
... walau bagaimanapun tetap akan mempunyai sifat megah. Jika si dia sanggup merendahkan egonya semata-mata untuk menjaga hati kamu, jangan pula kamu naik kepala dan merendah-rendahkan dirinya dan sifatnya itu.
... tidak gemar mengabiskan masa berjam-jam lamanya di pusat beli-belah. Jika dia tidak kisah menemani kamu dari satu kedai ke satu kedai yang lain, janganlah mengambil remeh kesanggupan tersebut.
... tidak begitu mengambil peduli tentang perihal peribadi teman-temannya. Senang cerita, lelaki tidak meluahkan perasaan sesama lelaki. Jika si lelaki bersedia meminjankan telinga untuk mendengar dan memahami msalah kamu, janganlah kamu mengambil ringan apabila dia pula menceritakan masalahnya pada kemudian hari.
... tidak kisah menunggu. Jika si dia menyatakan tidak kisah menunggu kamu, janganlah kamu sengaja membirakannya menunggu kamu melakukan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak penting. Apabila dia mendapat tahu perihal sebenar, semestinya dia berkecil hati dn merasakan dirinya tidak penting.
... tidak semuanya tahu berjenaka. Jika si dia berhempas-pulas untuk berlawak (meskipun tidak semua lawak itu menjadi) semata-mata untuk menggembirakan kamu, jangan pula kamu mengherdik dan memperlekehkan usaha murninya itu.
... sering berada dalam keadaan tidak selesa jika didampingi oleh kenalan pasangan yang tidak rapat dengannya. Jika si lelaki masih duduk di sebelah kamu selepas sejam kamu melepak, janganlah kamu buat endah tak endah sahaja dengan dirinya.
... bila betul-betul sayang kepada seseorang itu, nescaya dia tidak memasang dua. Memang hati dan perasaannya hanyalah untuk pasangannya. Jika kamu mendapat kekasih seperti ini, janganlah kamu melukakan hatinya dengan mencari spare-tyre.
Lelaki tidak 100% sempurna. Jadi, kaum hawa janganlah hanya mengharapkan semua yang hebat daripada lelaki. Mereka juga manusia biasa dan mempunyai kelemahan. Tetapi apa yang diharapkan sebagai balasan, supaya pasangan menghargai tidak kira besar mahupun kecil pengorbanan mereka itu.
Akulah hawa yang bertuah jika memiliki lelaki yg seperti ini.. InsyaAllah, amin !
p/s: Hawa-hawa sekalian, adakah kekasih anda pernah atau ada atau telah melakukan pengorbanan2 spt ini dlm hubungan kalian? Renung-renungkan dan HARGAILAH mereka. :)
credit to : Rahsia Lelaki, majalah REMAJA keluaran 1 Nov 2011 :)
No comments:
Post a Comment