Assalammualaikum~ Heeyyhhhh~!
Sebenarnya malam ni AKU rasa aku nak entri aku kali ini agak 'bebas' sedikit tapi masih ada point yang ingin aku ceritakan. Aku bercerita tentang AKU yang masih mencari-cari keyakinan diri, sikap yang positif, minda yang agresif, titik permasalah, penyelesaian masalah & kawalan emosi ! Iyapppppp~ aku memang selalu jugalah & terlalu banyak sebenarnya pertanyaan yang bergulir-gulir dalam benak minda, di hati yang kadangkala aku tidak menemui jawapannya.. Macam yang sekarang ni aku sedang menaip utk entri kali ini & kalian sedang membaca apa yang telah aku taipkan di sini. Tapi, motif aku menaip ni pun kadang2 tak menentu. Aku rasa aku nak menaip, aku akan taip apa sahaja yang terlintas di dalam kotak pemikiranku pada behlog haku ini. Macam juga apa yang sedang aku alami pada masa2 ini.. Orang sekeliling nampak aku macam bermasalah,padahal memang iyalah aku bermasalah. Tapi, aku tak tahu macam mana nak kongsi sangat apa masalah aku itu & ini sebab aku pun tak tahu apa masalah aku. Ok, sekarang kalian baca entri aku ini.. kalian fikir yang aku ini bermasalah ke? Haaa~ *diamdiamsudahlahyerr* tettttttt~ :P
Dari dulu sampai sekarang, tak berubah-ubahkan? ehe~
Aku gembira, aku ketawa, aku terhibur, aku menghibur.. Tapi, hari ini aku rindu sangat nak MENANGIS ! aku tahu menangis itu bukanlah penyelesaiannya, tapi aku RINDU juga nak menangis.. aku paksa hati & diri aku utk menangis hari ini tapi aku tak mampu walaupun hampir2.. betapa keras juga hati aku ini.. Dahhh~ aku tahu sebenarnya aku tak perlu terlalu memaksa diri ini utk menangis ! itu hipokrit namanya !! Tapi aku tak mampu nak hipokrit juga.. Aku
Sekarang ni apa yang perlu aku buat dan lakukannya adalah utk mencapai redha & keberkatan Allah S.W.T , kebahagian mak & abah , mereka yang mengharap kejayaan aku setapak demi setapak & akhirnya adalah utk diri aku sendiri, maksudnya berJAYAlah ! Mereka semua kata aku MAMPU utk berjaya tapi aku juga yang terasa agak sukar juga utk aku berjaya ! Yupp~ tak ada keyakinan & semangat yang jitu. Ada tu ada cuma 50-50% , masih belum stabil .. Kalau aku lemah, lama dah aku "tanamkan" diri aku ni hidup2 supaya aku tak menyusahkan orang lain ! Aku memang terasa yang aku beban pada "mereka" yang berusaha membantu aku utk berjaya, tapi apa yang aku dapat lakukan, HAMPEHHH SIAKKK !! habukk pun tarakkk~! Tipu sangattt kalau aku kata aku tak teringin nak berjaya, tak teringin utk mencapai cita-cita, tak teringin utk menjadi role model pada orang lain pula..
Aku nak buktikan pd mak & abah yg aku BOLEH berjaya dlm kerjaya aku ini.. lepas itu aku nak buktikan pada pengHARAP2 aku semua yang aku tak hampakan bantuan & sokongan mereka. Kemudian, aku nak buktikan yg aku juga boleh berjaya dgn sendirinya walaupun aku "diMANJAkan" oleh org tua ku dan tak pernah rasa susah seperti orang di luar sana .. Dalam hidup kadang2 tak perlu terlalu banyak sangat persoalan, apa yang perlu kita lakukan adalah JALANI sahaja setiap laluan yang dah kita pilih ! Sabar ,sayang..Hidup kau baru sahaja bermula, kau baru bertatih terbang ke dunia yang luas ni.. Aku tahu kau bukanlah seorg yg terlalu mudah menyerah kalah cuma kau perlukan masa utk kau ubah sedikit demi sedikit apa yang telah selama ini kau dibiasakan.. :)
SEMANGAT SEMANGAT,
aku SERU kau HADIRLAH bertapa dlm setiap ruang ragaku
agar yakin dan usaha dapat bergabung
menjadi SATU KEJAYAAN yang sempurna !
Ambillah masa mu & masa ku seberapa yang boleh
asal ia tidak terbuang begitu sahaja !
Ya Allah,
Janganlah Kau biarkan aku hanyut lalu lemas sendirian
dalam setiap dugaan-MU & ujian di dunia-MU ini,
Ya Rabb.
Tapi tak perlulah Kau melibatkan mereka utk merasa kejatuhanku,
kerana aku tak mampu utk melihat wajah2 kekecewaan mereka
yang ingin membantuku !
Titipkanlah seruan semangat yg aku seru ini utk bersama-samaku.
Bekalkanlah aku dgn keyakinan & tekad serta tunjukkan jalan utk aku maju ke depan.
Amin Ya Rabbal Alamin
reminder(p/s): 9 Januari 2012 sudah boleh beli pin UPU utk fasa II
12 Januari 2012 keputusan MUET akhir tahun keluar
No comments:
Post a Comment