Monday, June 25, 2012

Entri KHAS untuk awak ...

Assalammualaikum, awak ..
entri dalam belog saya minggu ni ajer banyak pasal awak .. kalau dulu kawan dgn orang lain , cerita pasal mereka .. tapi sekarang ni saya tengah berkawan pula dengan awak dan saya harap awak lelaki terakhir yang saya entrikan dalam belog lepas ni .. dah penatlah dengan semua ni sebenarnya , tak pernah kekal lama bila berkawan dgn mereka yg dulu2 tu .. sebenarnya saya dah serik , dah fobia , tapi tak tahu kenapa lepas dah lama tak nak melayan orang2 yang nak kenal dgn saya kat hp , saya terima pula awak .. mungkin ada sebab saya terima awak tapi tak terima orang lain .. awak lain daripada mereka yang lain .. biar saya jer yang tahu sebabnya eyh .. :)

awak ,
semalam masih belum rezeki kita walau kita hampir2 nak bertemu .. kita dah usaha nak berjumpa tapi belum ada izin Dia lagi , sebab tu kot semua jadi berantakkan .. awak , kalau awak boleh terima atas apa yang berlaku ni dgn redha , kenapa tidak saya pun terima dgn redha,kan? boleh bagitahu saya tak? bolehlah eyh? hee~ :) dah lama saya tak cengeng pasal lelaki .. tapi tadi saya nampak iklan McD pun air mata ni boleh pula bertakung..aisehhh~ pasal awak pula tu .. haha .. awak , awak dah bawa lari semangat saya bila semua ni saya terpaksa tercongok sorang2 kat tepian manusia yang lalu lalang tu masa tengah tunggu awak.. tahu tak?!! sampai orang yang lalu lalang kat situ pun dah cam muka saya yang dah makin nak hilang chomellnya ni..
saya tak tahu awak boleh terima atau tidak tapi saya nak tahu awak dah terima atau tidak semua ni ..


awak ,
mesti awak ada dalam salah seorang beratus-ratus lelaki yang lalu lalang depan saya semalam,kan? aisehh~ saya dah memalu dah sebenarnya masa tu .. huuuuu~ tapi saya tak dapat nak mengenalpastikan sama ada itu awak atau bukan , naluri saya tak dapat nak merasa awak ada depan mata .. tapi bila saya rasa itu awak , saya takut salah pula dengan apa yang saya rasa dan nampak .. sebab tu saya suruh awak tegur saya dulu sebab saya memang kurang gemar nak tegur2 lelaki yang saya tak pernah jumpa apatah lagi tak pernah tengok dia kat mana2 sebelum ni ..

awak ,
betullah tadi tu saya yang awak nampak ! tapi kenapa awak tak kejar jer saya masa tu? tak tegur saya terus? kan saya kata saya pakai baju merah ada kotak2 dgn tudung merah ada pink2..huu~betullah tu saya yang awak nampak...bila saya nak mesej awak balik hp saya mati dah.. kan saya bagitahu bateri hp saya dah nak mati .. saya pun tunggu jugalah awak kat situ lagi lepas keluar dari 7e tu lepas tu saya nampak ada kedai hp yang sebelah maxis tu , saya tumpang cas hp semata-mata nak balas mesej2 awak .. dah ar tak sampai setengah jam , melayang RM3 jer kat situ sebab nak cas hp jer...ceyhhh~ bila saya call awak balik , hp awak pula bertutup .. salah saya juga sebab tak tunggu sampai awak datang kat saya.. dah sudah ... dua2 nombor pula tu tak dapat nak called ... naluri saya kata awak masih ada kat dalam KL Centrel tu sebab tu saya merayau-rayau cari awak yang katanya pakai beg kaler GREEN lepas tu cari yg gelap2 macam yang awak sendiri bagitahu saya yang awak tu gelap.. jenuh saya melilaukan mata saya ni cari lelaki yang pakai beg kaler GREEN tu *green tu kaler ke jenama beg yang awak pakai tu???*.. sampai saya terpaksa tanya abang yang baju putih ada ayat2 kt baju dia tu, tanya "tengah tunggu saper2 ke,bg?" ..dia kata kerja kat situ dan dia tanya balik soalan yang saya tanya tadi tu dan saya tanya dia "ada tak nampak lelaki yg pakai beg hijau berdiri kat sini2 tadi?" , katanya takda pula ...kata minda saya mungkin awak dah tinggalkan saya..awak tak sudi nak jumpa saya sebab dah tahu saya ni macam mana.. hadeyhhhh~ lepas tu saya naik atas jumpa Dunkin Donuts dgn kedai buku , saya masuk dalam kedai buku tu kot2 adalah awak kat situ tapi takda, saya tunggulah kat tempat duduk tu.. masa tu 'hujan' macam dah nak turun..saya tahan lagi... lepas tu saya jalan2 kat surau bawah, dah takleyh tahan 'hujan' tu nak turun, cepat2 saya gi toilet.. tengah2 'hujan' mencurah2 , ada sikit guruh2 sendu , tetiba mopp berhenti depan luar bilik air tu..aisehhhh~ ngacau jer tukang mopp tu ...rasa nak bagi kilat kat dia sebab parking mopp tu depan bilik air saya tu... nasib baik saya ni gades yg baik2 aje..sabar jelar,kan...haha.. lepas dah kering2kan 'hujan' tu , keluar macam biasa walaupun lembab tu takleyh nak sorok.. dari bawah ke atas , dari utara ke selatan saya merayau cari awak sampaikan abang tu tegur saya lagi...ishhh~ kalau dia bagi informasi pasal lelaki yang pakai beg kaler GREEN tu takpelar juga ...ni tak , buat 'hujan' nak mengalir lagi jer...dah nak dekat pukul 3 setengah masa tu saya pun belilah tiket nak ke Imbi, naik Putra lepas tu tukar nak Star then baru naik Monorel .. tapi sebelum saya tinggalkan KL Centrel yang dah cipta 'hujan' saya kat situ, saya singgah jap kat public phone kat situ , cuba ingat2kan balik no awak sampai salah2 akhirnya masuk juga mailbox kat no awak,tinggallah pesanan kat situ..tak tahu awak dengar ke tak (saya ni ada masalah nak ingat2 ni hp kwn2 termasuklah dgn no.awak)..

saya kata saya tunggu awak kat Imbi, sampai kul 7pm tapi tak sampai pun sebab dah tak tahan...dah sampai TS saya pergi GSC kot2 awak dah ada kat situ ..naik turun jugalah satu tingkat, lepas tu dah penat saya duduk jap ngadap orang ramai dgn harapan awak boleh nampak saya..lepas tu saya tunggu pula kat tingkat 1 West yang sambung dgn monorel duduk kat tangga luar tu tunggu dgn harapan juga awak boleh nampak saya kot2 awak pun nak ke imbi..sampai saya kena usik dengan budak nakal..ada ke patut tanya "hai,kak..sorg je ke?" nak jer saya pelangkung budak tu dah tu jawab , "akak bertiga ni,dek..ni malaikat ada kat kiri dan kanan akak ni" ..tak lepas pun sbb jawab dalam hati..haha...keluar masuk keluar masuk lepas tu dah tak tahan saya keluar terus.. dalam hati saya dah pohon banyak suh awak balik, "awak, baliklah..tolonglah balik, saya tak sanggup nak biarkan awak tunggu dan cari saya sorg2..balik jelar,wak.."dalam hati ni dah hujan awal2 dah..saya tak tahulah awak dengar ke tak apa kata hati saya masa tu... saya rasa masa semalam tu sangat2 lambat...saya dah takleyh nak sabar cepat2 sampai rumah sebab awan dah terlalu sarat dgn wap , sampai jer dalam bilik terus hujan pun turun sambil teresak-esak..saya risaukan awak jer masa tu.. dah lar datang jauh2..awak fahamlah lepas awak baca msg2 saya kat awak yang berjela-jela tu..
sampai sekarang saya risau lagi bila saya cuba nak called awak tapi masih tak aktif.. dalam aty ni tak henti2 doakan keselamatan awak..

Ni perancangan pertemuan kita untuk kali yang keTIGA , awak .. pertama dgn kedua tu dah memang tak jadi , tapi yang keTIGA ni kita dah laksanakan pun tapi tetap juga gagal, wak.. awak, jangan berhenti untuk merancang eyh... mungkin usaha kita yang seterusnya untuk jumpa akan tercapai..InsyaAllah, mudah2han Allah izinkan.. kalau awak sedar sebenarnya awak dah kenal saya , awak dah nampak saya dulu.. jadi lepas ni awak dah boleh yakin nak tegur saya dulu... Rezeki awak tu, sayang..bersyukurlah sebab Allah dah bagi petanda pada awak untuk cari saya lagi.. :) *saya jelous ni tauu!! hijab saya belum dibukakan lagi untuk mengenali awak..macam mana rupa wajah awak yang awak sendiri kata hitam gelap tu , mudah2han saya tetap nak kekal berkawan dengan awak.. huuuu~ awak , saya tengah cuba untuk redhakan semua kejadian ni dgn ikhlas walaupun rasanya agak sukar juga...nama pun saya pelajar-Nya yang masih belajar untuk menerima setiap ketentuan dari-Nya ...InsyaAllah..

Psssttttt~ Adam , dia ni kan yang awak nampak semalam tu?
yang pakai baju merah kotak2 dgn tudung merah2 pink..
tapi bukan baju kurung yang dia pakai dlm gambar ni lar...
 Hyepp~ jangan curi tanpa izin saya tauuu... :)
kalau betul dia ni, bagitahulah saya eyh.. kalau bukan dia pun, bagitahu juga ! Ada faham? ^_^
lepas ni , kalau awak nampak dia kat mana2 , tegur jer ! nanti saya bagi kata kunci pada awak untuk tegur saya dulu tapi awak sendiri yang kena tanya saya k..kalau tak nanti semua lelaki nak tegur saya kat luar lepas ni...hahahha...

entri ni memang KHAS untuk awak sebab tu panjang berjela-jela ! diorang kalau yang rajin keluar masuk kat belog saya ni memang dah tahu dah kalau saya mula menaip jer, memang akan berjela tu pun tengok mood.. sekarang ni mood saya memang khas nak terangkan hal yang sebenar pada awak .. moga awak terbuka hati nak terima entri ni.. bertahan mata ni untuk awak, Adam .. terima kasih sebab sudi baca sampai habis..
InsyaAllah, mudah2han Allah permudahkan pertemuan kita yang baru kelak.. Moga Allah selalu melindungi awak di mana jer awak berada, Adam .. Aamiin~


Yang ikhlas,
Era ..
3:23AM

No comments:

suka tak belog sy nieyh? ;>