Wednesday, June 27, 2012

saya tunggu eyh .. :)


Assalammualaikum..
holaaa, guyss~ :)
just nak share kata2 ni pada kalian walaupun aku sendiri ambil kat FB.. sekarang ni terlalu banyak kata2 pemujuk , ayat2 semangat bagi insan2 seperti aku yang terkadang tu terlemah semangatnya dalam menjalani fitrah gades remaja apatah lagi yang akan bergelar wanita.. eeeeuuuuu~ haha.. naluri inginkan semua bukanlah sesuatu perasaan yang terburu-buru..
Dalam pada aku berangan-angan, terfikir-fikir tentang rasa itu, tentang insan itu , aku fikirkan juga untuk masa yang akan datangnya nanti.. Biarlah... aku serahkan segalanya pada Dia Yang Maha Mengaturkan semua ni , Yang Maha Pencipta cinta ini...

"Dalam diam aku mula mengakui dan memujuk diri serta hati ini bahawa hidup ini tidak pernah dijanjikan dengan kemanisan dan kepahitan yang berpanjangan. Mendung tak selamanya berarak, cerah tak selalunya memuncak .."
-
kredit utk News Media Network-

hujan tak selalunya turun sehari suntuk , musim tengkujuh pun bukanlah sepanjang tahun , pelangi yang akan muncul selepas hujan, mentari yang cerah setelah tengkujuh berlalu walaupun sementara sekurang-kurangnya memberi sinar yang baru untuk kita terus berjalan dengan nyaman, dengan tenang dalam terang ketika mencari bahagia yang menanti di hadapan..


p/s:
saya akan terus bersabar dan tunggu awak sendiri yang datang mencari saya.. secebis tulang rusuk awak ni ada pada saya..hehe.. siapa pun awak , mudah2han awaklah yang terbaik yang telah Allah kirimkan pada saya .. InsyaAllah.. moga Allah sentiasa melindung awak, merahmati awak walau di mana pun awak berada sampai tiba masanya kita akan ditemukan.. Aamiin.. :)

*
Alhamdulillah , betul2 hujan sekarang ni... :)

No comments:

suka tak belog sy nieyh? ;>